Make your own free website on Tripod.com
 

 

 

 

 

The Idea

Pada mulanya saya bercadang untuk menghasilkan sebuah laman web tentang diri saya.Tentang kronologi hidup saya,perancangan masa depan,diari dan segala-galanya lah.Tetapi sewaktu brainstorming session, seorang kawan saya cakap "buat apa?ko bukan Siti Nurhaliza ke,sapa nak tau pasal ko? Lebih baik ko isi apa-apa info ke,tips ke.."Saya pun terpikir lah,betul jugak.Namun,oleh sebab saya memang bercita-cita dari kecik nak membuat laman web tentang diri sendiri,jadi saya pun tambah satu lagi elemen suapaya tak nampak sangat iaitu info-personaliti.Saya namakan gabungan kedua-dua  konsep ini sebagai SELF-EXPLORATION @ EKSPLORASI KENDIRI.Objektifnya,di samping anda dapat mengenali saya dengan lebih detail,anda juga boleh mengenali diri anda sendiri melalui artikel,personaliti test dll.Sebenarnya saya bukan apa,saya kemaruk sangat nak cerita tentang diri sendiri ni bukan sebab saya ni Introvert sangat,tetapi saya rasa saya ni terlampau misteri dan tak ramai yang berani nak tanya saya sendiri "kenapa awak ni pelik,tak macam orang lain-normal?".Macam ada blok.Takut saya kecik hati la kot..hihihi..Tapi ada la jugak yang berani dan mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi,ahaxz..,sebab tu la , saya tak nak jadi pelik dah.Saya sebenarnya normal je.Mungkin suasana saya dibesarkan disekitar orang pelik-pelik,sebab tu saya pelik sampai sekarang(contoh orang pelik?cuba tengok laman web emirin,dia classmate saya dari darjah 2 sampai Tingkatan 3,tak pernah miss,itu baru sorang pelik,banyak lagi kat kuantan tuh, wakaka!!) Tapi jangan plak takut nak dekat dengan saya,saya ni baik hati,tak berkira(uwekkk!!)..Susah orang nak faham saya,jadi atas kesedaran itulah,maka saya memudahkan kerja anda semua dengan laman web ini.Semua info tentang saya ada di sini.Tapi seperti yang saya kata tadi,saya tak mahu cerita secara direct,saya bukannya celebriti..Cuma sesiapa yang nak tahu boleh decipher kan maksud-maksud tersirat dan tersurat laman web ini..Kalau tak nak tahu,pun takper,tak luak pun,yang penting enjoy,and get to know yourself better. Tak Faham? Takpe lah..Tak penting..  : )

1st Objective

Contoh cara nak mencapai objektif pertama.Pay attention to detail!Ok,misalnya,kalau anda perasan,laman web ni terlampau wordy,banyak sangat text,ini menandakan saya seorang yang suka membaca.Jadi saya tak kisah kalau banyak sangat perkataan.Sedangkan selalunya orang tak suka membaca,sampai je part yang banyak ayat terus dia skip.Jadi,kat situ dapat dah satu personality saya.Contoh kedua,saya boleh dikenali melalui gambar-gambar saya.Majoritinya diambil secara candid oleh peminat-peminat saya(huh???)ahakz..namun ada jugak yang posing.Seperti kata omputih "A picture tells a thousand words."Yang lain tu,saya serahkan kepada anda untuk memahaminya sendiri.

 

2nd Objective

Anda boleh kalau nak mengenali diri anda,pergi ke bahagian goodies,dan buat la personality test kat situ,baca la artikel-artikel,cerita-cerita.Benda tu semua selain untuk fun,anda boleh relate kat diri sendiri,jadikan benda tu semua sebagai gauge,untuk anda rate kan diri sendiri,kat mana dan siapa anda sebenarnya.Terdapat juga section 'Self-Building' yang mengandungi tips-tips untuk penampilan dan membina perawakan anda.

 

At the Construction Site

Saya bina laman web ni menggunakan Dreamweaver.Sebenarnya software dia dah lama saya beli,tapi saya tak reti nak guna.Nak belajar malas,nak cari buku berkaitan takder masa,jadi terperap lah software tu.Sampai lah kawan saya cakap,"eh,ko ader cd ni,knape tak guna?" Jadi dia pun ajar lah saya basic,hmm,rupanya senang tahap maksimum.Pastu saya pun menggodam sendiri la..Tapi ini pun kira basic la jugak lagi,sebab saya tak guna flash dll.Tak banyak masa sebenarnya,saya excited nak siapkan cepat.Sebulan saya developkan,tanpa publish kan kat Internet lagi(seminggu je sebenarnya,pastu tersangkut,assignment banyak giler!!)Nak publishkan satu hal jugak..Termasuk benda yang anda sedang baca ni,dah 6 kali saya revise semula.Ini kira 6th edition la..Saya juga berazam akan selalu update laman web ni,so selalu la jenguk..sambil-sambil tengok muka saya ni..sebab sebenarnya laman web ni tak siap sepenuhnya lagi..

 

The Engineers

Of course lah,saper lagi yang buat,saya la..Tapi seperti yang saya kata tadi,mulanya saya tak reti nak guna Dreamweaver ni.Jadi orang yang mengajar saya(consultant la kira ni)ialah hafizd.Dia la yang banyak bagi idea dan pantang larang(jgn citer tentang diri sendiri!!) dalam membuat laman web ni.Sorang lagi ialah emirin.Dia ni dah lama dah buat laman web(darjah 5 ke?),tapi kiranya mazhab dia lain skit dari hafizd.Style dia ialah programme kan java script sendiri,tulis html sendiri dan juga cerita tentang diri sendiri!! Dia tak guna software untuk buat website.Ha,dia pun banyak jugak bagi sumbangan idea membina dan meruntuh(hikhikhik!)Tapi sebab utama saya menggunakan kedua-dua orang yang berbeza ni sebagai technical committee laman web ni,ialah saya nak supaya ada 'check and balance',saya nak laman web ni ada identiti saya yang tulen dan tak terikut-ikut mana-mana pihak punya cara,sebab tu la anda boleh tengok laman web ni pakai logo 'sabsian5233' .Itu tanda theme dia unique..  : )Dengan kat lain,saya pun nak buat mazhab sendiri jugak.Kalau anda nak tengok dia orang punya laman web,saya ada sertakan linknya kat bahagian "Cool Links".

 

Features

Bahagian ni menceritakan mengenai keunikan laman web ini.Maksudnya apa benda yang tak sama dengan laman web lain.

1st and only--  Navigation button untuk laman web ni terletak di sebelah kiri.Kalau anda sedar,kebanyakan laman web lain letak kat atas,bawah ataupun kanan skrin,tapi laman web ni ia terletak kat sebelah kiri.Ini nampak je kecik,tapi saya rasa ada beza yang besar tau.Oleh sebab scroll bar terletak kat sebelah kiri skrin,jadi senanglah nak click navigation button sambil scrolling.Tak payah la susah-susah nak cross,gerak lagi... 

 

Conclusion

Wow,korang baca sampai sini ,terharunyer!! Tak sangka,korangla sahabat setia dunia akhirat(sob..sob)Puas hati dapat tulis semua yang terbuku di hati ni(cewah!!)ahakz..sebab tu banyak merepek kat last-last tadi,tak sangka plak korang sanggup membaca lagi..ehh,cukup lah tu!!!Cerita dah habis..Save tenaga nak baca benda lain plak...Ws  : ) 

 

 

Thank you for visiting this site...

I hope you enjoy it. This site is 

entirely about me and my interests.

If you have any interesting content to share, kindly let me know... tq :)